Fakta Unik Tujuh Peperangan Yang Aneh Dan Pelik Di Dunia

Fakta Unik Tujuh Peperangan Yang Aneh Dan Pelik Di Dunia
Fakta Unik Tujuh Peperangan Yang Aneh Dan Pelik Di Dunia

Fakta Unik Tujuh Peperangan Yang Aneh Dan Pelik Di Dunia – Mengapa dikatakan peperangan yang pelik? Apa tidaknya, kerana ada puncak peperangan hanya disebabkan menembak seekor babi. Ada pula negara berperang disebabkan suka bola sepak.

Ada peperangan hanya berlaku selama 40 menit saja, dan ada pula peperangan berlanjutan hingga ratusan tahun, tetapi tiada seorang pun yang terkorban. Baca lebih lanjut tentang sejarah 7 peperangan Yang Aneh Dan Pelik Di Dunia.

 

1. Emu War: Memalukan – Australia Kalah Perang Menentang Burung Emu

Emu War @ Perang Emu, juga dikenali sebagai The Great Emu War, satu operasi ketenteraan selama seminggu yang dijalankan di Australia pada bulan November 1932 untuk menangani kebimbangan orang ramai ke atas beberapa ekor emu yang dikatakan akan mengamuk di daerah Campion, barat Australia.

Burung-burung Emu itu telah bertindak balas kepada musim panas yang panjang, panas, yang menyebabkan kekurangan makanan dan air. Perang yang dijalankan di bawah pimpinan Major Meredith dari Royal Australian Artillery (Artileri Diraja Australia), memberi arahan kepada satu pasukan askar bersenjata dengan dua senapang mesin Lewis dan 10,000 putaran peluru.

Tetapi menembak secara frontal pada kumpulan burung yang akhirnya terbang dengan kecepatan hingga 50 km/j (30 mph) serta tidak membawa hasil yang diinginkan. Karena burung-burung itu dengan mudah melarikan diri walaupun selepas ditembak oleh ppuluhan atau ratusan peluru.

Sepanjang seminggu atau lebih, hanya segelintir daripada 20,000 burung dianggarkan untuk dibunuh. Major Meredith – komander Australia dalam ‘Emu war’ – hairan dan membandingkan emu dengan Zulu. Selepas beberapa hari, Menteri Pertahanan mengarahkan pembubaran. Dan dengan itu ‘Emu War’ berakhir dengan kekalahan ketenteraan Australia melawan burung Emu.

 

2. 335 Years War: Berlanjutan Selama 335 Tahun Tanpa Ada Korban

Peperangan 335 Tahun – Perang ini luar biasa lamanya yaitu 335 tahun (1651-1986), antara Belanda (Netherlands) menentang Kepulauan Scilly (perairan barat daya United Kingdom).Namun peristiwa aneh ini tercatat sebagai perang terlama dalam catatan sejarah.

Setelah ratusan tahun, walaupun perang ini tidak menentu, akhirnya perdamaian ditandatangani pada tahun 1986. tanpa ada yang menjadi korban dari kedua belah pihak.

 

3. The Pig War: Terjadi Kerana Menembak Seekor Babi

Pig War atau Perang babi adalah perang yang terjadi gara-gara tertembaknya seekor babi. Ia adalah konfrontasi pada tahun 1859 di antara pihak berkuasa Amerika dan British ke atas sempadan antara Amerika Syarikat dan Amerika Utara British. Kawasan tertentu yang dipertikaikan adalah San Juan Islands, yang terletak di antara Pulau Vancouver dan tanah besar Amerika Utara.

Perang Babi, dipanggil sedemikian kerana ia telah dicetuskan oleh menembak seekor Babi, juga dipanggil Episod Babi, Perang Babi dan Kentang, Sengketa Sempadan San Juan atau Sengketa Sempadan Northwestern. Babi adalah satu-satunya ‘mangsa’ perang, menjadikan konflik itu pada dasarnya tanpa pertumpahan darah

 

4. The Anglo-Zanzibar War: Perang Paling Singkat Dalam Sejarah, Hanya 40 Menit

The Anglo-Zanzibar War merupakan peperangan aneh antara British melawan Zanzibar pada 27 Oktober 1896, hanya berlangsung selama 40 menit. Ini merupakan perang terpendek dalam catatan sejarah. Penyebab perang ini adalah kematian pro-British, Sultan Hamad bin Thuwaini melawan penggantinya, Sultan Khalid bin Barghash.

Menurut perjanjian yang ditandatangani tahun 1886, pengganti Sultan harus mendapat persetujuan konsul British, namun Khalid melanggar perjanjian tersebut, tanpa persetujuan British Khalid naik takhta. British marah, dan memberi saranan untuk turun takhta, namun Khalid tidak mempedulikannya. Sebaliknya, merespon saranan British, Khalid mengerahkan angkatan bersenjatanya dan mempertahankan istananya dari serangan British.

Sikap menentang Khalid dijawab British dengan serangan pada pukul 9 pagi, 27 Oktober. British menembakistana Khalid dan mencerai beraikan pasukan yang menjaga istana. Sekurangnya 500 korban di pihak Khalid, sementara hanya seorang perajurit angkatan laut British yang cedera. Perang singkat itu hanya berlangsung selama 40 menit.

 

5. Moldovan-Transdniestrian War

Dimana pegawai-pegawai tentara kedua belah pihak akan minum bersama-sama pada waktu malam dan berperang pada siang hariSetelah Soviet Union runtuh, dua pertiga dari Moldova berhubung erat dengan Romania dan negara-negara jiran barat. Tetapi bagian timur sungai Dniestr mahu tinggal berdekatan dengan Ukraine dan Russia. Perang pun meletus, dan timur berpecah untuk membentuk Transdniestria, yang masih tidak diterima oleh dunia.

Apabila Moldova dan Transdniestria mula berjuang, ia adalah satu peperangan yang pelik. Tentera tempatan memanggilnya Drunken War (Perang Mabuk), dimana pegawai-pegawai tentera bertemu setiap malam untuk minum bersama-sama.Mereka pergi pada waktu pagi dan melepaskan tembakan di antara satu sama lain. Pada waktu malam, mereka berkumpul untuk minum dengan orang-orang yang menjadi lawan mereka di siang hari.

 

6. War of 1812: Disebabkan Oleh Kerusakan Komunikasi Telegraf

War of 1812 Juga dikenali sebagai Mr Madison’s War @ Perang Mr Madison, dimana perang tahun 1812 itu adalah dalam banyak cara peperangan yang paling aneh dan pelik dalam sejarah Amerika Serikat. Perang ini boleh dinamakan Perang Komunikasi rusak. Dua hari sebelum perang di isyaratkan, kerajaan British menyatakan bahawa ia akan memasukan undang-undang yang menjadi penyebab utama pertikaian itu. Kalau saja ada komunikasi telegraf dengan Eropa, perang mungkin dapat dielakkan.

Ketua Amerika Serikat membuat aduan terhadap pihak British yang telah campur tangan dengan perkapalan. Tetapi New England, seksyen perkapalan besar Amerika Syarikat, dengan keras menentang idea berperang. Permintaan untuk perang datang terutamanya dari Barat dan Selatan.

Di samping itu, perjanjian keamanan untuk menghentikan perang tidak menyelesaikan isu-isu yang di mana ia telah kononnya berlaku. Akhirnya , kedua-dua pihak membahas kemenangan dalam perang tahun 1812 itu, dan pertemuan kedua negara menjadi jelas bahawa seluruh perjuangan itu adalah pertempuran besar yang keliru.

7. The Football War: Perang Akibat Sepak bola

Perang antara El Savador melawan Honduras tahun 1969 ini disebut Football War @ Perang Sepak Bola (La guerra del fútbol – dalam bahasa Spanyol), karena berlangsungnya bertepatan dengan berlangsungnya babak kedua Piala Dunia FIFA (FIFA World Cup) 14 Julai 1969, zon Amerika Utara. Perang ini berlangsung 100 jam atau perang lima hari. Pemicu konflik ini adalah masalah imigrasi dari El Salvador ke Honduras.

Puncaknya, El Salvador melancarkan serangan ke atas Honduras. Lalu, organisasi AS membuat rundingan gencatan senjata yang berkuat-kuasa pada 20 Julai. El Salvador akhirnya turut serta Piala Dunia tahun 1970, di mana mereka gagal untuk maju dari babak penyisihan.

 

Baca Juga :

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *